Post Message
 


JAMILAH BINTI ANYAR ( Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. ): PERMOHONAN LAMPU ISYARAT

Assalamualaikum.

Saya seperti nama di atas beralamat di 112 Kg Telok Sama Gagah, Selinsing ingin membuat permohonan untuk pihak JKR menyediakan lampu isyarat di persimpangan 3, selinsing. ini berikutan laluan utama jalan (ke bagan serai/ taiping) amat sibuk dengan lalu lintas kenderaan dan menyukarkan penduduk dari laluan jalan Kuala Gula untuk melintas jalan.Seingat saya juga sudah beberapa kali terjadinya kemalangan di persimpangan tersebut. Sehubungan itu saya memohon kerjasama pihak tuan untuk menyediakan kemudahan lampu isyarat untuk kemudahan pengguna jalan raya dan dapat mengurangkan/mengelakkan lagi terjadinya kemalangan di persimpangan tersebut.

 

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi saya di talian 012-5534893 / 05-808 1963 (pejabat daerah taiping).

Perhatian tuan untuk perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. 


Jumaat, 31 Julai 2015
Powered by Phoca Guestbook