Profil Organisasi

Jabatan Kerja Raya Kerian terletak di Jalan Pejabat Parit Buntar. Ianya terletak bersempadan diantara Pulau Pinang dan Kedah Darul Aman. Jabatan ini telah ditubuhkan pada tahun 1974 yang dikenali sebagai Jabatan Pekerjaan Awam atau PWD (Public Work Department).

PWD Kerian ini dipimpin oleh Jurutera Eksekutif dan dibantu oleh 3 pembantu teknikal. Pada tahun 1956 Bangunan PWD telah dibina di atas lot 138 Pekan Parit Buntar,juga terletak di belakang pejabat asal Sempadan Jalan(Jalan Sempadan). Pejabat ini telah berubah dari masa ke semasa. Semua kerja-kerja pentadbiran dilakukan di PWD Kerian di Pekan Parit Buntar sementara kerja-kerja stor dan woksyop telah ditempatkan di Bagan Serai.

Pada tahun 1997 pejabat baru Jabatan Kerja Raya Kerian telah dibina dan siap pada akhir tahun 1998 dan telah beroperasi pada akhir tahun 1999. Pejabat ini telah dibuka secara rasminya oleh DYMM Sultan Perak Darul Ridzuan pada 2 Mei 2000.