PERUTUSAN JURUTERA DAERAH

 


Assalamualaikum..

Selamat Datang ke Laman Web Rasmi JKR Kerian.

Saya amat mengalu-alukan anda untuk melayari laman web JKR Kerian yang terbaru. JKR Kerian merupakan sebuah jabatan yang menjalankan projek-projek pembangunan dan jalan di sekitar kawasan Parit Buntar dan Bagan Serai.

Sejajar dengan hasrat untuk menjadi sebuah jabatan teknikal yang terunggul JKR Perak Darul Ridzuan adalah komited untuk melaksanakan perkhidmatan secara proaktif, kreatif dan inovatif dalam bidang perundingan, pelaksanaan projek, senggaraan jalan dan bangunan dan khidmat nasihat untuk mencapai tahap kualiti bagi keselamatan, keselesaan dan kepuasan pelanggan dengan memberi penekanan kepada jangka masa secepat mungkin, kos yang ekonomikal dan rupabentuk dan mutu yang terbaik.

Sebahagian daripada usaha JKR Kerian tujuan ke arah mewujudkan pengurusan kualiti menyeluruh didalam Jabatan ini dan untuk menjadikan IT sebagai budaya kerja untuk meningkatkan produktiviti, kualiti dan kuantiti, melalui Laman Web ini juga JKR Kerian dapat memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan memuaskan hati pelanggan melalui internet.

Laman ini juga mengadakan ruangan untuk pihak pelanggan serta warga JKR Kerian untuk mengemukakan cadangan dalam penambahbaikan laman ini dan juga perkhidmatan yang diberikan. JKR Kerian mengalukan apa-apa cadangan yang dikemukakan .
Sekian Terima Kasih.

 

RAZALI BIN MOHD SHAILI
Jurutera Daerah,

JKR Daerah Kerian,
Parit Buntar, Perak Darul Ridzuan.

 

 

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.