Piagam Pelanggan : Khidmat Nasihat Teknikal

3.0 KHIDMAT NASIHAT TEKNIKAL

3.1 Kejuruteraan Cerun

a) Runtuhan cerun berimpak besar:

  • Lawatan tapak hendaklah dibuat dalam tempoh 1 hari dari hari kejadian.
  • Laporan awal disediakan dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh lawatan tapak.

b) Runtuhan cerun berimpak kecil:

Syor pembaikan akan disediakan dalam tempoh berikut:

  • Keadaa memerlukan penyiasatan tapak - 1 bulan selepas laporan penyiasatan tapak diperoleh.
  • Keadaan yang tidak memerlukan penyiasatan tapak - 2 minggu dari tarikh lawatan tapak.

c) Ulasan teknikal Laporan Geoteknik daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) disediakan dalam tempoh 1 minggu selepas lawatan dibuat.

3.2 Kejuruteraan Senggara

Keputusan kelulusan pelupusan aset kerajaan diberikan dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan pengesyoran lengkap diterima.

Mengemukakan ulasan terhadap permohonan pembangunan tepi jalan daripada Pihak Berkuasa Tempatan dalm tempoh 2 minggu selepas dokumen permohonan lengkap diterima.

3.3 Kejuruteraan Forensik

a) Bagi kerja-kerja forensik struktur, geoteknik dan jalan:

  • Laporan awal berdasarkan penyiasatan tapak dan ujian makmal bagi kegagalan berimpak besar disediakan dalam tempoh 5 hari bekerja dan berimpak kecil dalam tempoh 2 minggu dari tarikh lawatan tapak.
  • Laporan akhir berdasarkan penyiasatan tapak dan ujian makmal disediakan dalam tempoh 2 bulan selepas keputusan ujian dan pemantauan diterima.

b) Bagi kerja-kerja forensik maritim dan lapangan terbang:

  • Laporan awal berdasarkan penyiasatan tapak dan ujian makmal nerimpak besar dan berimpak kecil disediakan dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh lawatan.
  • Laopran akhir berdasarkan penyiasatan tapak dan ujian makmal disediakan dalam tempoh 2 bulan selepas keputusan ujian dan pemantauan diterima.