Piagam Pelanggan : Selanggara Aset

2.0 SENGGARA ASET

2.1 Jalan

Tindakan pembaikan sementara lubang-lubang (potholes) akan dilaksanakan dalam tempoh 1 hari dan tindakan pembaikan kekal akan dilaksanakan dalam tempoh 3 hari setelah aduan diterima.

Sekiranya berlaku keadaan yang mengganggu lalu lintas atau keselamatan awam, seperti pokok tumbang atau tanah runtuh, tindakan akan diambil dala tempoh 24 jam setelah dikenal pasti atau aduan diterima.

Setiap penutupan berjadual akan diumumkan melalui media massa sekurang-kurangnya 3 hari sebelum kerja-kerja dijalankan.

2.2 Bangunan

Aduan kerosakan kritikal seperti kebocoran paip air, bumbung atau sistem kumbahan akan diambil tindakan dalam tempoh 1 hari.

Tindakan pembaikan kerosakan biasa dalam tempoh 1 bulan.

2.3 Mekanikal

  • Tindakan awal terhadap aduan kerosakan alatan perkhidmatan mekanikal
1 hari
  • Kerja pembaikan besar (major overhaul)/pembaikan badan kenderaan  
3 bulan
  • Kerja pembaikan kecil kenderaan  
3 minggu
  • Penggantian pendingin (chiller)
1 tahun
  • Penggantian lif
1 tahun

2.4 Elektrik

  • Tindakan awal terhadap aduan kerosakan elektrik dan membuat penyiasatan kerosakan elektrik
1 hari
  • Mengambil tindakan pembaikan kerosakan elektrik
7 hari